Ch@t B0x

02 Disember 2011

Kenangan Pahit

Assalamualaikum bloggers,

Saya tak tahu ape jadi dengan ku. Semua kenangan pahit sepanjang tahun ni sering menghantuiku sehingga aku sering murung dan termenung. Sukar ku hendak katakan pasal ini. Sehingga hari ni aku sudah tidak larat melayani semua kerenah kawan. Ketamakkan, sikap pentingkan diri sendiri, keegoan, kedegilan, tidak memahami dan lain-lain sudah banyak saya rasakan dari kawan. Mereka tidak sedar, tapi saya nampak selama berkawan dengan mereka. Kata-kata mereka yang menyakitkan dan kasar. Semakin akhir zaman, segelintir pun tidak kenal erti hormat dengan kawan sudah. 

Pengajaran dari perangai kawan itu akan mengubah cara saya berkawan. Saya sukar nak jumpa kawan yang jujur dan ikhlas berkawan. Cara saya berkawan lepas ni maybe akan menyakitkan korang yang telah mempergunakanku untuk kepentingan korang bila perlu aje. Terpulang pada korang untuk menerima kata-kataku ini ataupun tidak.

Cuti Sem

Assalamualaikum..

Cuti sem selama hampir sebulan ni cuti di Kelantan iaitu kampung halaman mak ayah. Sekarang tinggal sementara di rumah mak saudara dan bapa saudara. Malu pun ada sebab sepupu ramai lelaki. hehehe. Tak tahu nak wat gapo. hehehe

Selepas habis portfolio dan dinner pada 18/11/2011, saya dan 4 kawan lain pergi ke Singapore pada pagi ahad(20/11/2011). Pelbagai kenangan pahit dan manis terdapat di sana. Kami bertolak dari Kuantan ke Johor menggunakan bas pada jam 1 pagi ahad(20/11/2011). Berada di sana selama 3 hari 2 malam. 2 pensyarah kami warga Indonesia yang membawa kami bersiar-siar tapi tidak sampai hari ke-3 kerana mereka balik ke kampung halaman mereka.

Selepas pergi ke Singapore, saya bertolak ke Kelantan pada tengah hari rabu(22/11/20011). Saya tak tahu habis sem bila. Tiket ke Kuantan pun tak ambil lagi. Dekat sini saya tak tetap tinggal dekat rumah saudara. Kejap tidur di rumah saudara tu dan kejap tidur di rumah saudara ni. hehehe. Saya tak tahu nak tinggal dekat mana.

Baru hari ini internet ok sikit. Sebelum ni lembab sangat. Nak update blog dan upload gambar terbantut jadinye.

Have A Nice Day.

 

Get this and more blogger templates free at "Free Blogger Help"